Akademi Fantasia (musim 1)
Akademi Fantasia (musim 1)

Akademi Fantasia (musim 1)

Akademi Fantasia buat julung kalinya dimulakan pada pertengahan tahun 2003. Ujibakat diadakan di seluruh bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia dan juri-juri memilih antara mereka yang paling terserlah dan sesuai untuk diambil sebagai pelajar Akademi Fantasia buat julung kalinya. Pada Mei 2003, Tirai Akademi Fantasia dipaparkan di kaca televisyen untuk menunjukkan 'kejutan' kepada peserta yang mereka telah terpilih untuk menjadi pelajar. Mereka dibawa masuk ke dalam Akademi dan memulakan pelajaran secara rasmi pada 9 Jun 2003. Konsert mingguan diadakan di Panggung Percubaan UPM dan konsert akhir iaitu konsert ke-9 diadakan di Dewan Wawasan, Cheras. Juara bagi musim pertama ini dimenangi oleh Vincent Chong Ying-Cern berumur 23 tahun yang berasal daripada Kuala Lumpur.